An end is a start for another beginning~
Dalam diam-diam, rupanya masa telahpun berlari mendahului kita. Pantas sungguh..Penulis bakal tamat latihan asas Paediatrics (bahagian kanak-kanak) menjelang hujung minggu ini. Semua sekali selama 11 minggu. "Macam tak percaya dah nak habis, kan?"
Seperti mana-mana pun peringkat latihan, akan ada pengalaman, suka-duka dalam perjalanan. Penulis akui banyak yang dipelajari dan ilmu yang bertambah. Antaranya :
1. Mengenalpasti kes-kes kecemasan untuk seorang anak yang baru lahir hinggalah yang berumur 17 tahun - rasa lebih yakin sekarang untuk bertindak lebih awal dan pantas
2. "Resuscitation" untuk kanak-kanak. Nak kata pakar mungkin bukan lagi, tapi penulis sudah tidak lagi rasa amat gugup untuk manouvre "the sicky neonates/kids"
3. Memasukkan IV lines dalam salur darah kanak-kanak rupanya taklah seteruk yang disangka. Sedih juga mendengar tangisan dan melihat rengekan mereka kerana sakit terkena suntikan jarum. Tapi rasionalnya biarlah sakit sebentar untuk memasukkan IV line yang merupakan salur akses untuk ubat, daripada sakit berpanjangan yang bertangguh jangka pemulihannya. Sama juga dengan venepuncture-puncturing the veins untuk ambil darah.
4. Baby check - easy. Dalam masa kurang 5 minit siap insha Allah. Tengoklah juga kalau baju baby yang agak kompleks mungkin lama sikit untuk figure out mana button untuk yang mana satu. (Ada juga very strange looking baby dresses out there, tolonglah~)
5. Berjaga malam. Nak sambut kelahiran (ala2 Obstetrik & Gynae).tapi pesakit utama kami adalah bayi yang keluar terutamanya yang keluar terlebih awal "premie", kecil saiznya, etc. Subhanallah - small (ada yang 700g sahaja) amat fragile, tetapi akhirnya membesar sempurna. Masa itu adalah sebahagian daripada rawatan. Perlu sabar dalam setiap usaha yang diberi.
6. Penilaian objektif dan subjektif sukar dibuat dalam kes kanak-kanak. Yang mampu dibuat adalah lebih berhati-hati dan bertanya kepada orang yang paling dekat dengan mereka - their mommies/daddies.=)
7. Belajar lebih menghargai keluarga. Bila melihatkan seorang ibu atau bapa tidur bersama anak mereka, teringat pada ibu sendiri yang juga bersengkang mata melayan sakit dan resah anaknya ini.
"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"
Seorang abang atau kakak yang rindu dan risau pada "playmate" kesayangan. "Bored-bosan" katanya. "Adik di hospital, abang tak dapat main sama-sama. when will you let him go home doc?" How sweet is that?
dan banyak lagi. Penulis akui bahawa ianya antara rotation yang disukai setakat ini.Very much~
Selepas ini, penulis bakal menyambung "perjuangan" dalam bidang cardiothoracic surgery - bedah jantung pula. Amat berbeza? hmm entahlah..kita tunggu dan lihat.
Refleksilah diri dari pelbagai sudut kehidupan.Moga kita lebih menghargai dan mensyukuri.
KarimahSyafiq @ 0454hrs
p/s alhamdullillah orang tersayang bakal datang dari jauh. ;-) safe journey.jika kita ditaqdirkan berjumpa maka berjumpalah kita dengan idzinNya. yes a new chapter, we'll share most of it together insha Allah.moga diberkati~